-

-

Assalamualaikum... Hola!!

Assalamualaikum... Hola!!
Mungkin ada yg keliru antara Aiza Qriselda & Anastasia Qirana. Kedua-duanya adalah orang yg sama
=) Yang sudi luangkan masa untuk membaca, terima kasih sangat-sangat. Yang sudi tinggalkan komen, terima kasih, terima kasih. Yang sudi follow contengan di sini, terima kasih, terima kasih, terima kasih (nak tulis beribu-ribu lemon
terima kasih tapi ruang tak cukup). Enjoy and happy reading! Lots of love, AQ

Friday, August 4, 2017

THE SWEETEST STRANGER

Assalamualaikum....

Karya yang tidak dijangka. Terhasil sempena Ramadhan & Syawal yang mulia :)

Terbitan Mania Publication (adik-beradik LoveNovel Publication). 



"Kenapa hati semakin ingin melupakan kenyataan yang terbentang di depan mata?" – Syawaliah

"Do you love her?" – Rejab

"Does it kill you?" – Adan

"Aku kisah apa Rejab atau Adan? Yang penting aku tak boleh kalah di tangan Syawaliah!" – Nadira

Antara cinta dan benci, antara dendam dan kemaafan, antara adik-beradik dan sepupu, siapa yang akan tertewas, siapa yang akan menang?

Benarkah, air dicincang tidak akan putus?

Mampukah bulan Ramadhan yang penuh indah dan barakah membawa keinsafan? Atau khilaf yang sedia ada mengaburi segala deria?

“I'm a broken guy, Sya.”
“Then I’m a broken girl. Help me to fix yours and I’ll help you to fix mine.”

Rejab, Ramadan, Syawaliah dan Nadira.  Kenali mereka di dalam The Sweetest Stranger.

Wednesday, December 21, 2016

Entry Khas MYS yang tak ada dalam versi cetak

Ini part yg Wardah kena pergi kem secara paksa oleh Encik Haiman. Yang menyebabkan Wardah suruh Encik Fattah belasah Encik Haiman tu, haha...




-1-
“CEPAT! Apa lagi yang korang terhegeh-hegeh tu!” Jerit Lt. Kol. Aziz Mohamad.
Aku, Shila dan Meen melajukan larian. Sejak kami tiba petang semalam, asyik kena berlari sahaja. Sekali tengok, dah serupa program PLKN untuk budak-budak lepasan SPM, bezanya kami i dah tahap layak jadi mak-mak budak.
“Selamat pagi!” 
“Selamat pagi, Tuan!” Kami ramai-ramai menjawab.
“Saya tak dengar. Kuat lagi!” Arah Lt. Kol. Aziz Mohamad yang kami panggil Tuan.
Dengan sekuat hati, kami melaungkan suara. “Selamat pagi, Tuan!!”
“Lagi kuat!”
“Selamat pagi, Tuan!!”
“Pagi-pagi dah lembik! Saya nak kuat lagi. Lagi kuat daripada suara saya!” Suara Lt. Kol. Aziz Mohamad semakin meninggi.
“Selamat pagi, Tuan!!!” Kami semua dah menjerit sekuat yang boleh.
“Bagus! Macam nilah yang saya nak. Sekarang, tugasan pertama kamu untuk hari ni, dengar baik-baik!”
Aku dan Meen saling berpandangan. Berdebar-debarlah pulak!
 “Saya mahu, dalam masa dua minit, kamu kena menyembunyikan diri di tempat yang saya takkan nampak. Sesiapa yang saya nampak, akan mendapat hukuman yang teruk daripada saya.”
“Sedia?” Tanya Lt. Kol. Aziz Mohamad.
“Sedia, Tuan!” Kami semua menjawab.
“Dua minit kamu bermula sekarang!” Arah Lt. Kol. Aziz Mohamad.
Masing-masing dah lari bertempiaran macam kena kejar dengan pembunuh bersiri. Meen menarik tangan aku untuk berlari bersama-sama. Lari sambil memikirkan di manakah kami patut bersembunyi.
“Seminit lagi!” Jerit Lt. Kol. Nor Mubarak.
Aku pandang keliling. Hanya tinggal beberapa orang yang masih tercari-cari tempat persembunyian selain dariapda aku dan Meen. Yang lain dah tak nampak muka. Habislah kami macam ni…
Tiba-tiba aku ternampak jip yang diguna oleh Lt. Kol. Aziz Mohamad untuk datang ke kem ini. Cepat-cepat aku heret Meen supaya mengikut langkahku. Kami menunduk dan menyembunyikan diri di belakang jip tersebut.
“Masa tamat! Saya akan mula cari sekarang. Saya akan jerit nama siapa yang saya jumpa. Sila keluar dan beratur di tempat perhimpunan bila saya jerit nama kamu.”
“Suria!” Nama pertama disebut.
“Aryan!”
“Zaki!”
“Nina, keluar!”
“Alex!”
“Inaz!”
“Fadil!”
Dan berderet-deret lagi nama yang dipanggil. Perghh! Tak sampai seminit, separuh daripada kami dah dijumpai. Memang aku respect habislah dengan Lt. Kol. Aziz Mohamad ni!
“Nama yang saya tak sebut tu, dalam masa kiraan lima, sila datang beratur bersama-sama kawan kamu ni. Siapa lambat, akan didenda.
“Satu…”
Aku dan Meen berlari sekuat hati. Mintak-mintaklah sempat sampai.
“Li...” Jerit Lt. Kol. Aziz Mohamad, serentak dengan ketibaan kaki aku dan Meen. Kami termengah-mengah kepenatan.
“Penat? Padan muka. Siapa suruh kamu lari jauh-jauh?” Sindir Lt. Kol. Aziz Mohamad.
“Kan Tuan jugak yang suruh kami bersembunyi supaya Tuan tak jumpa,” balas Meen.
“Saya kata jangan bagi saya nampak. Saya tak suruh lari jauh-jauh. Badan kamu kecik je, boleh berdiri belakang pokok sawit ni kan,” kata Lt. Kol. Aziz Mohamad sambil menyentuh batang pokok sawit bersaiz besar yang betul-betul berada di sebelahnya. 
“Tak nak sembunyi belakang pokok ni, parit kat depan ni ada. Terjun ajelah. Confirm saya tak nampak. Ni yang pergi lari jauh-jauh sampai 100 meter tu apa hal?” Tambahnya selamba.
Aku dan budak-budak lain sudah berpandangan sesama sendiri. Kenapalah tak terfikir pun nak buat macam tu. Jenuh berlari-lari, jauh pulak tu…
“Dah dapat lesson pertama hari ni?” Tanya Lt. Kol. Aziz Mohamad lagi.
“Ingat semua! Sepanjang berada dalam program ini, setiap orang daripada kamu mesti peka. P-E-K-A! Tapi harus berfikir dengan pantas! Faham?”
“Faham, Tuan!”
“Bagus. Petang ni kita tengok, sepantas mana kamu boleh berfikir. Jumpa saya di sini lepas lunch, pada pukul 2.42 petang. Sharp! Siapa lewat, akan didenda berlari sekeliling kawasan ini lima pusingan.”


-2- 
PUKUL 2.40 petang, kami semua dah tercongok di tempat berkumpul. Takut kena denda punya fasal, masing-masing jadi budak baik patuh ikut arahan. Kalau tidak, jangan harap! Si lelaki dengan gaya ayam jantan, yang perempuan dengan gaya itik pulang petang… Semuanya berlenggang.
Tepat pada pukul 2.42 petang, muncul seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Pak Said, pembantu kepada Lt. Kol. Aziz Mohamad. Kami di bawa berjalan kaki selama 10 minit ke destinasi yang tidak kami ketahui. Sampai-sampai sahaja, di hadapan kami ada sebuah jeti yang menghala ke laut. Bersebelahan jeti itu pula, ada sebuah bangsal kayu lama, yang dindingnya sudah berlubang-lubang.
“Okey, dengar sini! Dalam bangsal depan tu, ada tayar, batang paip dan tali. Setiap kumpulan, pergi ambik barang-barang tersebut dan bawak ke sini. Kemudian, kamu semua kena buat rakit daripada barang-barang tu, faham?” Arah Lt. Kol. Aziz Mohamad.
“Faham, Tuan!” Kami menjawab serentak.
“Tuan!” Fadhil mencelah.
“Ya, ada apa?”
“Macam mana nak ikat jadi rakit tu?”
Gelak tawa kedengaran. Kuat pula tu. Seram aku jadinya. Janganlah bangsal dan jeti ini roboh dibuatnya.
“Soalan yang bagus! Tapi saya takkan ajar. Setiap kumpulan ada 10 orang. Bermakna ada 10 otak. Pandai-pandailah kamu fikir, ikut kreativiti masing-masing asalkan rakit tu kukuh. Sebab selepas itu, kamu sendiri yang akan gunakan rakit tu untuk ke pulau sana tu.” Lt. Kol. Aziz Mohamad memberi penjelasan sambil jarinya menuding ke arah sebuah pulau yang agak jauh dari tempat kami berdiri.
“Jadi, kalau rakit kamu tak bagus, nasib kamulah… Jangan salahkan saya kalau tengah-tengah mendayung nanti, rakit kamu terbukak, kamu lemas, lepas tu kena baham dengan buaya.” Selamba Lt. Kol. Aziz Mohamad menyambung.
Kami berpandang-pandangan sesama sendiri. Aku dah la langsung tak tahu berenang, ada pulak yang kena makan dengan buaya nanti. Huwaaaaaa… nak tarik diri boleh tak!
“Jangan ada sesiapa yang berniat untuk tarik diri. Siapa-siapa yang tarik diri, seluruh ahli kumpulan dia akan didenda. Faham?” Jerit Lt. Kol. Aziz Mohamad.
Aisehh! Punah harapan. Ada ilmu scan hati orang ke Tuan ni?
“Kalau faham, masa kamu bermula 45 minit dari sekarang!”
Semua mencicit lari masuk ke bangsal mengambil barang-barang yang diperlukan. Setiap kumpulan diperuntukkan 10 biji tayar, 10 batang paip yang bersaiz besar dan 2 ikat tali yang sangat panjang. Itu sahaja. Tiada pisau, tiada tali dan tiada langsung peralatan yang boleh digunakan untuk memotong.
“Macam mana ni? Tali pun tak boleh nak potong. Habislah group kita macam ni.” Alif dah mula mengeluh. 
Nak sahaja aku sekeh-sekeh kepala dia ni kalau dia adik aku. Cepat sangat give up.
“Relaks! Kita fikir sama-sama, cari idea.” Zaki selaku ketua kumpulan cuba mengawal keadaan.
“Sekejap. Guys! You all tak terfikir ke?”
“Apa?” 
Kami semua serentak memandang Alan. Mamat Cina ni dah tersengih-sengih.
“Err... janganlah pandang saya macam tu. Rasa nak ke toilet aje…”
“Alan!” Inaz dah terjerit. Yang lelaki dah gelak sakan.
“Sorry, just kidding. But I think Tuan having the tools with them.” Alan mula serius.
“Kenapa awak cakap macam tu?” soal Inaz.
“Logically…Tuan is the one who arranged for this game. And very sure, this is not his first time, right?”
“So?” Alif yang dah tak sabar terus bertanya.
“Of course he already knows that we need these tools but he just would like to test us on how we are going to get them from him,” sambung Alan yang aku tak faham.
Tapi belum sempat sesiapa bersuara, Zaki terlebih dahulu telah melangkah menuju ke arah Lt. Kol. Aziz Mohamad. Selepas beberapa minit mereka bercakap-cakap, Zaki datang semula ke arah kami.
“You’re right, Alan. The tools with him.”
“Is he willing to give us?” Pantas Vivian bertanya.
“Yes. Tapi bersyarat,” jawab Zaki lemah.
Sambil memandang kami, Zaki menyambung. “Tuan mahukan RM20 untuk satu barang atau kita kena tukarkan barang dengan seorang daripada ahli kumpulan. Maksudnya ahli kumpulan akan berkurang seorang semasa nak mendayung ke pulau nanti.”
“Kalau dah macam tu, kita bayar ajelah,” cadang Syafiq yang sedari tadi senyap. Ahli kumpulan yang paling pemalu aku rasa.
“Saya tak bawak duit sekarang ni. Ada sesiapa yang bawak duit? Pinjam dulu.” Pinta Zaki. 
Masing-masing menyeluk poket seluar dan ternyata, tiada sesiapa yang membawa dompet ketika ini.
“Tukar dengan sayalah.” Aku menawarkan diri.
“Sebab saya yang paling kecik dalam kumpulan ni. Jadi, tak ada kesan sangat rasanya kalau saya tak ada masa mendayung tu. Yang bersaiz besar dan banyak tenaga ni, kena stay sebab tu kekuatan team kita,” sambungku meyakinkan mereka.
“Awak pasti, Wardah?” Zaki merenung aku.
“Ya, saya pasti.”
“Kalau Tuan buat apa-apa pada awak nanti?” tanya Zaki lagi, masih berat hati.
“Takkan jadi apa-apa, jangan risau. Lebih-lebih dia buli je, dia takkan bunuh saya punya,” gurauku sambil mengenyit mata.
“Thanks,” ujar Zaki sepatah dan mereka mula mengerah tenaga mengikat rakit.


-3- 
SATU jam berlalu dan kini ketiga-tiga kumpulan telah mula mendayung rakit masing-masing menuju ke pulau yang tidak bernama itu. Misi setiap kumpulan adalah mengambil bendera masing-masing yang awal-awal lagi telah disembunyikan oleh pembantu-pembantu Lt. Kol. Aziz Mohamad. Baru aku tahu yang Tuan di sebelahku ini mempunyai ramai pembantu dalam program EOC ini.
“Tuan…” Aku memberanikan diri menegurnya.
“Apa?” 
Serius sahaja suaranya. Teringat pulak pada Si Sewel bila berdepan dengan orang yang serius macam ni…
“Betul ke dalam laut ni ada buaya?” soalku sambil menoleh ke arahnya.
Kami berdua sekarang ini berada di tepi jeti memerhatikan perlumbaan antara tiga buah rakit. Hanya aku yang terkandas di sini kerana dua kumpulan lagi mendapatkan gunting dan pisau menggunakan duit.
Lt. Kol. Aziz Mohamad memandang wajahku sampailah aku rasa tidak selesa dan mengalih pandang jauh ke depan. Kelihatan kumpulan aku kini berada di kedudukan kedua.
“Kamu rasa?” Lt. Kol. Aziz Mohamad masih tidak menjawab soalan yang ku ajukan padanya.
“Saya rasa…” 
Aku tak menghabiskan ayat sebaliknya mengalih duduk dan menjuntaikan kakiku ke dalam air laut.
“Tak ada, kan? Kalau ada buaya, takkan Tuan nak biarkan kami merentas laut ni. Soal keselamatan bukanlah sesuatu yang boleh dikompromi,” sambungku sambil cuba mengintai reaksi Lt. Kol. Aziz Mohamad yang berdiri tegap di sebelahku.
“Bijak!” katanya sambil tersenyum.
“Mesti bos kamu sayangkan kamu yang bijak ni.”
Aku nyaris-nyaris tersedak mendengar ayat terakhir tu. Huh! Si Sewel tu sayangkan aku? Dalam mimpilah Tuan oi! Jawabku dalam hati.
“Tuan, terima kasih!” ucapku lagi.
“Terima kasih untuk apa?” 
“Sebab buat sistem barter ni. Saya takut air sebenarnya. Eh bukan, saya tak tahu berenang yang sebetulnya,” terangku.
“Laa... ya ke?” 
“Ha’ah. Sebab masa kecik dulu, saya pernah lemas dua kali. Sejak tu sampailah sekarang, saya memang tak suka air dalam.”
“Kamu tahukan yang fobia tu sepatutnya diatasi?” Tiba-tiba Lt. Kol. Aziz Mohamad bertanya.
Aku angguk bersetuju. “Memanglah, sebab fobia ni boleh dikategorikan sebagai penyakit jugak,” balasku.
‘Jadi…” Lt. Kol. Aziz Mohamad tak menghabiskan ayatnya.
“Jadi?” Aku tunjuk minat.
“Jadi…” 
Tahu-tahu aje aku dah tercampak dalam air.
“Tuan!” jeritku.
Lt. Kol. Aziz Mohamad hanya tergelak.
Aku semakin panik. “Help me! Saya tak tahu berenang ni..” Aku dah terkapai-kapai dalam air. 
“Chill!” 
“Nak chill apa? Saya tak tahu berenang ni...” rayuku. 
Air mata dah mula keluar. Rasa takut menghantui. Kakiku menendang-nendang di dalam air, terasa seperti ada sesuatu yang sedang menarik-narik kakiku turun ke dasarnya. 
“Tuan, tolonglah!” Aku dah jerit sambil menangis. Sungguh aku takut.
“Tunggu kamu lemas, baru saya terjun selamatkan kamu.” Lt. Kol. Aziz Mohamad bercakap selamba sambil tergelak.
“I already drowned!” bentakku. 
“Iya ke?” 
“Yalah!” jeritku lagi.
“Tapi elok je saya tengok kamu terapung,” komen Lt. Kol. Aziz Mohamad sambil bertinggung di tebing jeti.
“Mana ada terapung, kan saya… eh…” Aku tidak dapat menghabiskan ayat.
“Eh apa?” tanya Lt. Kol. Aziz Mohamad.
Aku membelek keadaan sendiri. Baru sedar, yang aku elok terapung dengan safety jacket tersarung di badanku.
“Saya tak lemas lagi la ni?” Entah kenapa, soalan bodoh tu terkeluar daripada mulutku.
“Ya, kamu tak lemas. Masih selamat bernyawa.” Lt. Kol. Aziz Mohamad tetap menjawab soalan bodohku itu.
“Betul ni kan, Tuan?” tanyaku lagi meminta kepastian.
“Kamu nak saya lemaskan kamu ke? Meh sini…” Lt. Kol. Aziz Mohamad mula mendekat.
“Eh tak apa...” Aku dah menggeleng-geleng kepala. Bimbang andainya dia betul-betul turun dan melemaskan aku.
Tetapi lelaki yang bernama Lt. Kol. Aziz Mohamad itu tetap menghampiriku dan menghulurkan tangannya.
“Aaaahhh! Tak nak Tuan, tak nak! Sayat tak nak lemas!” Macam orang yang hilang akal aku menjerit.
“Saya nak tarik kamu naik la, bukan nak lemaskan kamu!” Nampak muka Lt. Kol. Aziz Mohamad sedang tahan senyum. 
Rasa darah menyerbu ke muka. Malu tak usah cakap. Tanpa berkata-kata aku terus naik ke atas jeti dan serentak itu, terdengar sorakan tidak jauh dari tempatku berdiri. Alahai... Langsung terlepas nak tengok team mana yang menang!


-4- 
JIKA petang tadi kami ada outdoor game, malam ini pula ada indoor game. Kali ini, kami diuji dengan kemahiran ‘think outside the box’. Setiap kumpulan diberikan sebiji telur ayam mentah dan dua plastik penyedut minuman. 
Kami dikehendaki membuat sarung untuk membalut telur mentah itu daripada penyedut minuman yang disediakan dan memastikan yang sarung tersebut cukup ampuh dan selamat untuk melindungi telur tersebut daripada pecah apabila dibaling-baling atau dijatuhkan daripada tempat setinggi 2.5 meter. Kumpulan mana yang telurnya pecah akan dibaling dengan telur ayam mentah juga sebagai denda. 
Sambil duduk di atas lantai, kami menganyam penyedut minuman sambil berborak-borak.
“Wardah, are you okay?” 
Aku pandang Zaki. “Apa yang tak okey?”
“Terkejut semua orang, naik-naik tengok awak macam tu. Kami yang pergi mendayung merentas air, awak yang basah kuyup.” Zaki membuka cerita petang tadi.
Meen yang duduk di sebelahku dah menyulam gelak. Mesti terkenangkan balik apa yang aku cerita padanya masa di kabin tadi. Aku menyikunya perlahan sebagai isyarat untuk dia berhenti ketawa. Nasib dia faham. Kalau tak, aku dah berkira-kira untuk menyumbat mulutnya dengan telur ayam ni. Jangan komen aku kejam masa tu...
“Oh... no worries. Saya okey je, tak ada apa-apa pun.” 
“Macam mana awak boleh basah?” Zaki tanya lagi. 
Aku dah ketap bibir. Senyum yang kembali tersungging di bibir Meen aku jeling. Siap kau kat kabin nanti, Meen!
“Saya tiba-tiba teringin nak berenang. Lepas dapat green light daripada Tuan, saya pun terjunlah sekejap,” selindungku.
Meen dah mengangkat tangannya. “Cop! Saya nak pergi toilet sekejap.” 
Tanpa sempat tunggu, dia dah melangkah laju. Nak cover gelaklah tu!
Zaki dah kehairanan. 
“Kenapa dengan Meen, tu?” soalnya ingin tahu.
“Cirit-birit.” Aku menjawab tanpa memandang wajahnya. 
Selepas lima minit, Meen kembali ke sisi kami. Kerja menyulam penyedut minuman yang tadinya terhenti, disambung semula.
“Meen, dah makan ubat ke?” Dengan pelat Cina, Alan bertanya.
Meen dah kerut dahi manakala aku cuba tahan gelak.
“Ubat apa, Apek?” Meen mengajuk pelat Alan.
“Haiyaa, ubat cherry-berry la…” tekan Alan.
Meen aku lihat dah konfius. Hoho...
“Cherry-berry? Apa tu?” tanya Meen, membuatkan kami satu kumpulan semua gelak besar. Dua kumpulan yang lain dah menoleh-noleh ke arah kami.
“Cirit-birit,” jelas Raj pendek.
Meen dah bulat mata. “Siapa cakap saya cirit-birit?” 
Aku dah siap-siap bangun. Bersedia untuk menangkis serangan. 
“Wardah…”
Serentak itu, aku atur langkah seribu mengelilingi kumpulan kami. Yang lain-lain hanya tergelak menyaksikan tingkah kami yang tidak ubah seperti kanak-kanak Ribena. Penat berkejaran, aku mengangkat bendera putih tanda surrender. 
“Okey-okey, Meen. Saya mengalah... Sorry okay, my dear!” Aku memujuk dengan suara yang termengah-mengah.
“Tak semudah tu!” balas Meen, termengah-mengah juga.
“Habis tu? Awak nak saya buat apa baru awak nak maafkan?”
“Terjun laut,” jawab Meen selamba.
Aku dah jegil mata apabila Meen dah gelak sakan. Ahh, aku jugak yang terkena!


-5-
SELASA. Hari ke-3 program EOC. 
Seawal pukul 6.30 pagi, kami telah dikerah untuk berlari sejauh lima kilometer. Vivian dah merungut-rungut, katanya sakit akibat mendayung semalam masih belum hilang, hari ni pagi-pagi dah kena dera balik. Kasihan aku tengok kawan-kawan perempuan aku. Pertama kali mendayung, dengan tak ada asas segala, main aci redah menggerakkan rakit, akhirnya lebam-lebam satu badan. Meen pun sama, lebam-lebam di bahagian bawah betis. Terpaksa aku tarik tangannya untuk terus berlari.
“Sekejaplah...” 
Meen menahan tanganku supaya berhenti. Dia menyeka peluh yang mula merenik di dahi. Walaupun matahari masih belum menyinar garang, kami dah kebasahan. Memang sia-sia mandi pagi tadi.
“Tak larat ke? Letih?” 
Meen menggelengkan kepalanya. “Sakit kaki. Awak lainlah, tak kena mendayung semalam.”
Aku menggaru tudung. Kenapa nada Meen ada rasa macam tak puas hati? Wajah Meen aku pandang. Hidungnya yang mancung terletak dan matanya yang berwarna coklat perang sangat cantik bagi aku. Ciri-ciri yang telah menyebabkan ramai orang menyangka yang Meen ni berdarah campuran padahal kawan aku sorang ni adalah melayu tulen, no mix at all.
“Awak marah saya ke, Meen?”
Meen hanya diam tidak menjawab sambil mengibas-ngibas tudungnya. Kepanasan mungkin.
“Awak marah saya, sebab saya terlepas daripada mendayung?”
Meen pandang aku. Perlahan-lahan dia mengukir senyum. “Suka sebenarnya…”
Aku dah pelik. “Sebab?” 
“Sebab…”
“… mendayung tu lagi best daripada kena campak dalam air, haha!”
Aku dah bulat mata. Belum sempat nak cakap apa-apa, Meen dah melelar tangan aku untuk berlari bersama-samanya.
“Cepat, jauh lagi nak sampai ni! Tak nak dah kena denda lagi dengan Tuan,” jelasnya sambil berlari.


-6- 
Selepas selesai aktiviti berlari, kami dibawa berkumpul di satu kawasan yang mempunyai beberapa ‘permainan’ seperti yang aku tengok dalam filem Panglima Badul. 
“Okey! Sekarang saya nak kenalkan kamu dengan game yang saya namakan sebagai Cabaran PLKN yang akan kamu bertanding masa pagi Khamis nanti.” Laung Lt. Kol. Aziz Mohamad dengan kuat. 
Kami dibawa dari satu bahagian ke satu bahagian sambil diberi penerangan.
“Okey, yang pertama ni... seperti yang kamu nampak, adalah deretan tayar. Kena berlari merentasinya dan pastikan kaki dimasukkan ke dalam setiap tayar. Kalau jatuh, kena ulang balik dari mula.”
Kemudian kami bergerak ke bahagian 2. Ada empat baris papan panjang yang berbeza ketinggian dan dicacakkan dengan kayu tebal sebagai kaki. Manakala jarak di antara satu papan ke papan yang lain pula lebih kurang tiga kaki.
“Yang ini… siapa kaki pendek, nasiblah! Kamu kena lompat dari satu papan ke satu papan dan di papan yang terakhir, lompat ke tanah dan terus berlari ke bahagian 3.”
“Bahagian 3 ni… kamu kena menyusup masuk ke bawah dawai ni, kemudian merangkak macam baby sampai hujung. Hati-hati, jangan sampai tersangkut pada dawai duri tu.”
Tiba di bahagian 4, aku dah telan air liur. Boleh buat ke ni?
“Hahaha, bahagian yang paling saya suka! Kamu kena panjat melepasi tembok ni untuk ke bahagian seterusnya.
“Macam mana nak panjat tu, Tuan? Tinggi tu…” Inaz bersuara.
“2.5 meter je, mana ada tinggi. Yang tak berapa nak tinggi macam Wardah ni boleh minta ahli-ahli kumpulan untuk tolong. Pinjamkan bahu ke, jadi tangga ke… atau kalau nak campak terus ke sebelah pun boleh! Buatlah macam-macam mana pun, asalkan lepas tembok tu.” Sempat jugak nak mengutuk aku dalam beri penerangan tu.
Kami terus bergerak ke bahagian 5. Terowong!
“Okey, agak-agak siapa tahu nak buat kat sini?” Tanya Lt. Kol. Aziz Mohamad.
“Masuk dalam terowong, merangkak sampai hujung terowong dan keluar.” Jawab Fadhil pantas.
“Betul, tapi tu dah biasa, senang sangat! Yang ni saya nak buat lain sikit. Saya akan letak belon yang berisi air di tempat masuk terowong ni, ada tiga warna berbeza untuk bezakan setiap kumpulan. Kamu kena bawak sekali belon ni masuk terowong, jaga belon supaya tak pecah dan letak semula dalam bakul yang disediakan sebaik sahaja keluar dari terowong. Sebiji belon pecah, potong 5 markah. Faham?”
“Faham, Tuan!”
Kemudian kami ke bahagian 5. Papan jongkang-jongket kayu yang wajib ada di mana-mana playground. Cuma bezanya kami perlu meniti papan tersebut, bukan duduk main berpasangan seperti lazimnya.
Di bahagian 6 pula, macam-macam reaksi muka yang dapat kulihat. Ada yang senyum, ada yang dah geleng-geleng kepala menahan geli dan ada yang dah menekup mulut.
Di hadapan kami, ada sebuah kolam yang lebarnya lebih kurang 8 kaki dan kami semua perlu menyeberangi kolam tersebut menggunakan tali yang disediakan. Nampak senang tapi... senang ke kalau dalam kolam tu dipenuhi dengan air berwarna hitam pekat yang dipenuhi dengan lumut-lumut kehijaun beserta bau yang sangatlah ‘harum’? 
“Nak cuba sekarang?” Lt. Kol. Aziz Mohamad bertanya sambil tersenyum.
Bagai dirancang-rancang, lelaki dan perempuan membalas serentak. Bezanya lelaki menjawab “Nak!” manakala perempuan menjawab “Tak nak…” 
”Kita ikut majoriti.” Putus Lt. Kol. Aziz Mohamad.
Ceh! Tak ada pilihan. Terpaksa jugak berjalan menuju ke bahagian 1.
“Kita buat ikut team, okey! Saya nak rekod masa.” Arah Lt. Kol. Aziz Mohamad. 
Turn kumpulanku adalah yang kedua dan sementara menunggu kumpulan pertama iaitu kumpulan Shila selesai, aku duduk di atas sebiji batu sambil memerhati. Pantas juga kumpulan mereka, sekejap sahaja dah sampai di bahagian 4. Jelas di mataku yang kaum lelaki melepaskan perempuan dulu menyeberang tembok dengan mereka menyerahkan bahu untuk dipijak oleh kaum perempuan sebelum melompat ke atas tembok. Aku dah tak sedap hati. Sekali imbas, memanglah tak ada apa-apa, tapi yang lelaki dapat tengok segala ‘lekuk’ perempuan yang tengah memanjat tembok tu kut. Erkk! Aku nanti macam tu jugak ke?
“Zaki…” 
Aku bangun menghampiri ketua kumpulan Infiniti yang sedang ralit memerhatikan aksi memanjat tembok kumpulan pertama. Huh, kalau dah lelaki tu, memanglah…!
“Ya?” Kini tumpuan Zaki beralih padaku.
“Boleh tak nanti kat bahagian 4 tu, yang lelaki cross dulu?”
Dapat kulihat wajah Zaki yang kehairanan. “Kenapa?” Tanyanya pendek.
“Tak selesa.” Aku berterus-terang.
“Oh... tapi boleh ke perempuan nak angkat sesama sendiri?”
“Kami cuba dulu. Kalau tak boleh nanti, kami mintaklah tolong awak dan kawan-kawan lelaki yang lain.” Pujukku.
“Okay, then. No problem.”
Aku menghembus nafas lega. Mujur dapat ketua kumpulan yang memahami.
Tidak lama selepas itu, Lt. Kol. Aziz Mohamad meniup wisel memanggil kumpulan Infiniti untuk memulakan cabaran. Dengan lafaz Basmalah dan selawat ke atas Nabi, aku mula berlari bersama-sama dengan ahli kumpulanku yang lain.


-7- 
SELEPAS menunaikan solat Zohor, kami dibawa ke kawasan flying fox dan abseiling, dua benda yang memang aku tak pernah buat langsung sejak 23 tahun hidup di muka bumi Allah ni. Sakit akibat gastrik yang mula menular tidak kuhiraukan. Rasa risau dan teruja yang bercampur-baur lebih mengatasi. Teruja sebab aku rasa aku terror kalau dapat buat aktiviti yang ummi kategorikan sebagai aktiviti luar alam ini. Risau pulak sebab kalau jadi perkara-perkara yang buruk masa buat aktiviti ini, langsung tidak dapat hendak accomplish misi membalas dendam pada Si Sewel, huhu…
Pak Said memulakan demonstrasi untuk abseiling dulu. Ada dua cara yang ditunjukkannya. Nampak agak mudah untuk dilakukan bagi sesiapa yang tidak takut pada ketinggian sebab puncak menara untuk memulakan penurunan bagi aku agak tinggi – setinggi 110 kaki kata Pak Said awal-awal tadi. 
Beberapa orang pembantu Lt. Kol. Aziz Mohamad datang menghampiri kami membawakan peralatan untuk aktiviti abseiling. Disebabkan jumlah yang tidak mencukupi, kami dikehendaki bergilir-gilir menggunakannya. Sedang aku memakai sarung tangan, baru aku perasan yang Shila masih duduk di atas pangkin tidak bergerak-gerak. Raut mukanya nampak risau manakala kedua-dua tangannya dimain-mainkan sesama sendiri.
“Shila...” Aku menghampirinya.
“Awak okey ke?” soalku sebaik saja dia mendongak memandangku yang berdiri di hadapannya.
“Saya tak beranilah, Wardah..” 
“Tak apa, kita cuba dulu. Saya pun takut jugak. Mana pernah buat abseiling ni.” Aku cuba memujuknya.
“Tapi saya gayat tinggi,” adu Shila lagi.
Alamak… Macam mana ni? Langsung tak jangka yang Shila takut pada ketinggian sebab selama ini, aku yang lebih penakut berbanding dia dalam banyak perkara. Aku garu kepala yang dah bersarung topi keselamatan. Tengah memikir-mikir, ada bunyi derapan kasut menghampiri. Aku menoleh. Tuan!
“Kamu berdua buat apa lagi kat sini? Cepat naik menara, tak boleh buang masa!” Arah Lt. Kol. Aziz Mohamad tegas.
Aku yang terkejut dah mencicit lari. Shila… biar dia cakap sendirilah pasal gayat dia tu. Tak nak masuk campur, sebab aku perasan yang Tuan ni pun macam suka cari salah aku, sama macam Si Sewel. Entah-entah adik-beradik…
Tangga menuju ke puncak menara aku pijak satu persatu. Di depanku adalah Zaki manakala di belakangku Inaz yang disusuli oleh Meen di belakangnya. Seperti yang aku duga, Meen nampak excited. Dia memang ‘hantu’ dengan sukan-sukan macam ni. Dapat release tension, jelasnya sewaktu aku bertanyakan sebab-sebab dia gilakan sukan yang memang langsung tak masuk dalam senarai hidup aku.
Sedikit demi sedikit kami mendaki dan kini Zaki telah berada betul-betul di tepi platform, bersedia untuk penurunan. Aku dah semakin berdebar-debar. Dalam masa tak sampai lima minit, aku pulak yang kena ‘terjun’. Aku cuba menghampiri platform, ingin melihat aksi Zaki melakukan abseiling. Warghh! Memang nampak bergaya sungguh cara dia turun. Macam bertaraf profesional je. Aku karang tak tau apa nasib, jangan terbelit dengan tali tu sudah, malu lapan keturunan tak habis.
Pak Said yang sejak mula mengawasi di platform tersenyum ke arahku. 
“Sedia nak terjun?”
Aku hanya menganggukkan kepala sambil cuba menghilangkan cuak.
“Betul dah sedia ya?” Pak Said tanya lagi.
Aku hanya mengangguk. Cepatlah… banyak pulak tanya pakcik sorang ni. Aku lari turun tangga balik kang!
“Okey, baca Basmalah dan selawat…”
Aku hanya mengikut arahan sambil pejam mata. Tiba-tiba terdengar suara orang gelak. Lantas kubuka mata. 
“Kalau kamu tutup mata, macam mana nak turun? Ni bukan terjun, ni abseiling. Mata kena buka, baru nampak nak land kaki kat mana,” ujar Pak Said sambil senyum simpul.
“Sorry, Pak Said. Saya cuak sangat.” Aku mengaku.
“So, boleh buat tak ni?” Dengan suara yang lembut Pak Said bertanya.
“Boleh. Wardah Umayra sentiasa boleh!” jawabku bersemangat.
“Bagus! Bila saya cakap ‘Go’, kamu dah boleh mula turun, okey..”
Aku angguk lagi.
“Go...” Seketika kemudian, Pak Said memberikan green light. 
Dengan perlahan-lahan, aku mula melaraskan tali dan turun. Setelah beberapa ketika, kakiku landing pada spot pertama.
“Good! Terus turun..” Laung Lt. Kol. Aziz Mohamad dari bawah. 
Aku terus turun perlahan-lahan sambil land di beberapa tempat sampai la ke tanah. Alhamdulillah. Selamat dan tak terbelit. Keyakinan diri meningkat secara tiba-tiba. Terus tak sabar untuk buat flying fox pulak, hoho!


-8-
SELESAI melakukan abseiling yang penamatnya adalah pertunjukan abseiling setinggi 150 kaki oleh Lt. Kol. Aziz Mohamad, kami diberikan taklimat tentang flying fox. Jika abseiling menguji daya tahan kami untuk turun dari tempat tinggi, aktiviti flying fox ini pula menguji keberanian kami untuk ‘merentasi’ udara melalui sebuah flying fox yang dipasang pada ketinggian 15 meter dengan jarak 120 meter.
Kali ini, tiada giliran ditetapkan dan aku menawarkan diri untuk yang kedua melakukannya selepas Raj. 
“Okey, sama macam abseiling tadi. Baca Basmalah dan selawat,” pesan Pak Said sekali lagi. 
Sebaik saja kalimah-kalimah tersebut terlafaz dari bibirku, tangan Pak Said menolak badanku dari belakang dan zapp…! Rasanya tak sampai seminit, aku dah sampai ke hujung flying fox. Tahu-tahu, aku dah diarahkan untuk memijak tangga yang disediakan untuk turun ke tanah.
“Seronok?” Salah seorang pembantu Lt. Kol. Aziz Mohamad yang tak aku tahu namanya bertanya.
“Best! Tapi sekejap sangat dah sampai. Macam tak puas pulak.” Aku menjawab sambil menanggalkan segala peralatan yang dipasang pada badanku. 
“Nah!” Serahku pada lelaki tersebut sambil menahan sakit perut yang dah mengganas.
“Kamu okey ke? Nampak pucat.” Komen lelaki itu lagi.
“Yup, saya okey.” Jawabku dan cepat-cepat melangkah, nak cari port untuk muntah!
Malangnya pandanganku semakin kabur dan perut semakin sakit. Tanpa dapat ditahan, aku rebah ke tanah!


-9-
SEDAR-SEDAR, aku keseorangan di dalam kabin, terbaring di katil Meen. Katil aku sebenarnya atas katil Meen, tapi aku rasa tak ada budak perempuan yang sanggup nak dukung aku letak kat atas, sebab tu sekarang ini aku baring atas katil Meen. Jam di pergelangan tangan kiri aku kerling – pukul 6.30 petang. Terasa macam dah lama sangat aku tidur. Aku gosok-gosok mata, mencari kalau-kalau ada tahi mata yang melekat. 
Perut yang sakit masih terasa, cuma dah berkurangan sedikit. Aku bangun dari katil. Tudung aku capai dan kupakai ala kadar. Pintu kabin aku buka, ingin mencari kalau-kalau yang lain ada dekat-dekat situ. Tapi hampa. Entah apalah aktiviti petang ini yang aku dah terlepas. Yang aku nampak cuma pokok-pokok besar yang meliuk ditiup angin, menghasilkan bunyi yang agak menakutkan. Lantas aku tutup kembali pintu kabin, tidak berani hendak merayau. 
Beg pakaian yang aku bawa ke kem ini, aku buka. Sehelai t-shirt, seluar track dan pakaian dalam aku keluarkan. Peralatan untuk mandi juga aku siapkan. Mahu bersiap sedia sementara menunggu yang lain-lain balik ke kabin. Masuk hari ke-3 di sini, aku sudah sedia maklum yang pili air akan dibuka dari pukul 7 petang hingga ke 8 malam untuk aktiviti mandi dan solat Maghrib. Di kem ini, meter utama hanya akan dibuka untuk mandi pada pukul 7.00 petang – 8.00 malam dan 5.30 pagi – 6.30 pagi. Bagi menunaikan solat pula, wudhuk boleh diambil di surau. Hari pertama tiba di sini dulu, aku rasa keadaan ini adalah kejam. Tapi sekarang, aku semakin biasa dengannya dan mungkin ini adalah salah satu cara untuk mereka membentuk peserta supaya berdisplin dengan masa yang ditetapkan.
Jam menunjukkan pukul 6.50 pagi ketika Meen dan yang lain-lain pulang ke kabin.
“Dah okey gastrik tu?” sapa Meen.
“Eh, mana tau saya kena gastrik?”
“M.O. yang periksa awak tadi cakap.”
“Dalam hutan ni ada M.O.?”
“They always have one bila organize program-program macam ni. Safety first!” Meen mengulangi salah satu prinsip syarikat.
“Dahlah, jom mandi!” Ajaknya.
“Tadi aktiviti apa?” Aku tanya, badan masih tak bergerak.
“Aktiviti yang best! Let’s go, nanti saya cerita masa mandi,” balas Meen. 
Sedar yang kami perlu mengejar masa, aku membontoti Meen. Shower time! Paling aku suka kat sini sebab masa inilah kami yang perempuan-perempuan ni akan bergosip pasal peserta-peserta lelaki sambil berebut-rebut main air. Jauh betul daripada ciri-ciri muslimah sejati. Kalau ummi tahu perangai anak dara dia ni, confirm kena piat telinga sampai putus. Hoaaaa, rindu pada Ummi dan Walid. Cepatlah tibanya Jumaat…


 -10-
SAMBIL menikmati makan malam, kami berbual-bual.
“Agaknya apa pulak aktiviti malam ni…” Tanpa sedar aku mengeluh. 
Selain gastrik yang melanda, seluruh badan-badan aku dah mula sengal-sengal. Mungkin kesan aktiviti abseiling dan flying fox siang tadi serta cabaran PLKN sebelumnya. Beginilah kalau orang malas nak bersukan dan bersenam. Sekali kena kerah, tanggal segala skru badan.
“Sambung petang tadi, tarian poco-poco…” sahut Shila.
Aku dah hairan. “Lagi??” 
“Kena berlatih untuk majlis penutup pagi Jumaat nanti,” sampuk Zaki yang duduk berhampiran. Nampak macam dia tengah khusyuk makan tapi mendengar juga nampaknya.
“Susah tak step?” 
“Naa... kena jaga kaki je. Tangan tak kisah nak buat gaya apa asalkan jangan terketuk kepala kawan kat sebelah.” Meen menjawab.
Aku dah blur. Setahu aku, tarian yang tak kisah buat gaya apa ni tarian orang gila je...
“Don’t worry. Nanti kita orang ajar,” kata Zaki sambil menghadiahkan senyumannya padaku.
“Err… campur ke lelaki dengan perempuan?”
Aku dah gelabah. Janganlah jawapannya “Ya”, aku tak suka.
“Ikut kumpulan. Perempuan kat depan lelaki kat belakang,” jelas Zaki.
“Tak boleh ke kalau prempuan kat belakang dan lelaki kat depan?” saranku.
“Lelaki kan tinggi-tinggi, nanti tak nampak yang perempuan kalau lelaki kat depan.” 
Aku dah ketap bibir. Macam mana nak buat ni? Takkan nak biar yang lelaki-lelaki ni tengok pergerakan kita orang nanti?
“Urmm… janganlah berdiri sebaris. Lelaki kat depan dan perempuan kat belakang tapi baris berselang, tak adalah terlindung yang perempuan nanti.” Aku pandang muka Zaki sambil mengharap yang dia akan bersetuju dengan cadanganku.
“I think it can be done.” Jawapan Zaki yang sangat-sangat melegakan aku.
“Promise?” pintaku. Berniat untuk memberitahunya yang aku serius dengan apa yang aku cakap tadi.
Belum sempat Zaki menjawab, ada suara memanggilku. Lt. Kol. Aziz Mohamad berdiri di sebelahku.
“Nah, minum ni…” katanya sambil menghulurkan dua kotak air soya.
“Untuk apa ni, Tuan?”
“Kamu kan gastrik. Elok minum air ni,” jawabnya lalu beredar sambil mengingatkan semua yang kami perlu berkumpul untuk latihan tarian dalam masa lima minit.
Aku melepaskan keluhan. Tuan ni la…
“Kenapa monyok je muka tu? Dapat perhatian Tuan pun tak suka ke?” Zaki menegur.
“Saya tak minum air soya la... Jangankan nak minum, bau dia pun boleh buat saya muntah.” 


-11-
PEJAM celik pejam jelik, dah masuk hari ke-4 kami berada di sini. Jauh daripada dunia luar. Handphone pun langsung tak ada coverage sebab kem kami ini terletak jauh di kawasan pedalaman kelapa sawit. ‘Encik Kuning’ Digi pun gagal nak jejak kami kat sini.
Semua bersorak kegirangan apabila rutin larian sejauh lima kilometer ditiadakan. Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama kerana selepas itu Lt. Kol. Aziz Mohamad membuat pengumuman yang hari ini tenaga kami akan dikerah habis-habisan. 
Kami diarahkan berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan diberikan sebuah kompas, peta, kit kecemasan, sekotak mancis, sehelai kain putih dan sebiji kelapa muda yang terukir nama kumpulan masing-masing. Kombinasi barang-barang yang agak pelik pada pandanganku. 
“Guys! Ladies! Pay your attention, please!” Lt. Kol. Aziz Mohamad menarik perhatian kami sambil menepuk tangannya kuat, menyebabkan keadaan serta-merta bertukar menjadi senyap.
“Hari ni, kita ada satu game yang saya namakan sebagai ‘War Game’.”
Masing-masing dah mula berpandangan. Perang pulak dah?
“Misi kamu adalah untuk memastikan buah kelapa muda milik kumpulan kamu tu sampai ke destinasi seperti yang dinyatakan dalam peta yang kamu dapat tu. Tak tahu jalan, guna kompas.
“Kain putih tu untuk apa, Tuan?” tanya Inaz.
“Kain putih tu akan digunakan kalau kumpulan kamu buat keputusan untuk surrender dari game ni, faham semua?”
“Faham, Tuan!”
“Bagus! Tapi ingat, bukan mudah untuk kamu sampai ke sana. Pasukan saya akan kejar kamu! Jadi, kamu kena pastikan yang pergerakan kumpulan kamu tak dapat kami kesan. Kalau kami dapat kesan dan dapat tangkap walaupun seorang daripada ahli kumpulan, makanya kumpulan kamu akan kalah,” sambung Lt. Kol. Aziz Mohamad lagi, menyebabkan kami terkedu.
“Tetapi berita baiknya, kamu boleh melawan kalau terserempak dengan kami. Contohnya, bila pasukan saya dah berjaya tarik salah seorang ahli kumpulan, kamu boleh tolong selamatkan kawan kamu dengan berlawan menggunakan senjata kamu sendiri. Kamu mungkin boleh gunakan kayu, pelepah sawit ataupun tandan sawit tu sendiri sebagai senjata kamu.”
“Berapa banyak masa yang kami ada?” Tiba-tiba Syafiq bersuara.
“Tak ada masa yang diperuntukkan. Cepat kamu sampai, cepat kamu dapat rehat. Kalau besok pagi kamu masih tak sampai-sampai, baru kami akan pergi cari.”
Aku dah ketar lutut dengar perkataan ‘besok pagi’ itu. Mampukah aku menghadapinya?
“Kamu boleh mula gerak sekarang. Selepas 30 minit, pasukan saya akan mula menjejaki kamu. All the best!” laung Lt. Kol. Aziz Mohamad.
Dengan rasa yang bercampur-baur, kami bergerak.
“Ada sesiapa yang pandai baca peta dan guna kompas?” Zaki mula bertanya sambil kaki kami mula melangkah ke dalam hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok sawit.
“Bukan pandai sangat, tapi saya dah beberapa kali pergi camping dalam hutan, tahulah sikit-sikit cara nak baca peta dan guna kompas,” sahut Benji.
“Good! So, can you lead us?” tanya Zaki, lebih kepada arahan sebenarnya.
Benji dah melangkah ke arah Zaki dan mengambil peta di tangannya. Kedua-dua peta dan kompas diletakkan di atas tanah. 
“This way.” Jelasnya sambil menunjuk ke arah barat laut. 
“Make sure jangan salah arah, Benji.” Sampuk Alif. 
Benji pandang muka Alif. Dapat aku kesan akan riak wajah Benji yang sedikit berubah.
“Kata-kata tu satu doa, Alif. Kalau sesat yang diminta, sesatlah jadinya!” sanggahku geram.
“Sudah tu, belum apa-apa lagi dah nak bertekak. Kena saling bekerjasama, baru boleh selamat.” Nasihat Zaki yang sedari tadi hanya memerhatikan kami berbalas kata.
“Let’s go! Benji, we trust you. Just lead the way.” Arah Zaki lagi.
Tanpa membantah, kami semua mengikut langkah Benji. Baru 15 minit berjalan, yang perempuan dah merasa penat. Apa tidaknya, setiap dua batas pokok kelapa sawit yang merendang, kami terpaksa menyeberangi parit yang lebarnya lebih kurang 5 kaki. Dahlah kaki masing-masing tak sepanjang kaki model dalam American Next Top Model, terasa kejang bila asyik terpaksa menyeberang parit. Paling tidak selesa, terpaksa menyentuh tangan lelaki yang sedia menyambut kami di seberang parit. Kalau tak mahu dia orang sambut, boleh jatuh ke dalam parit berair yang penuh lumut. Kalau tak nak jatuh pula, terpaksa bersentuh tangan dengan bukan mahram. Sungguhlah seksa.
“Break two minutes, please!” Pinta Vivian. Muka amoi sorang ni dah merah macam udang kena bakar.
“Zaki?” Benji toleh ke arah Zaki yang berada paling belakang.
“Okey! We stop two minutes for break.” 
“Nak air?” Meen bertanya sambil tangannya mula membuka tutup botol mineral.
“No, thanks. Belum haus.” Aku menolak.
Syafiq yang berdiri tidak berapa jauh dari kami ku lihat matanya sedang asyik melilau 360 darjah.
“Cari apa, Syafiq?” Benji dah tegur dulu sebelum sempat aku tanya.
“Benda-benda yang boleh dijadikan senjata. Kut-kut la nanti kena serang…”
“Yang ni, boleh tak?” Inaz menghulurkan sebiji batu bersaiz sederhana.
“Gila lu amoi! Nak bunuh orang ke?” Alan dengan pelat Cinanya dah merampas batu tu lalu dicampakkan ke dalam parit.
“Bagus apa idea Inaz tu? Kita boleh ugut team Tuan untuk baling batu tu kalau tak nak lepaskan kita.” Sokong Syafiq, menyebabkan Inaz tersenyum lebar.
“Apa lagi, setiap orang ambik sebiji batu dan simpan dalam poket masing-masing!” Jerit Inaz.
Memang naya laa kalau team Tuan jumpa kami nanti…


-12-
HAMPIR satu jam kami meredah hutan. Masing-masing telah basah dek peluh. Letih melangkah sementelah kini dah dibebani dengan pelbagai ‘senjata’ selain daripada batu-batu yang telah kami kutip awal-awal tadi. Ada batang kayu yang telah dipangkas dengan pisau Rambo milik Benji, biji-biji sawit yang telah dileraikan dari tandannya, buah kelapa tua kering dan juga buluh yang telah dibentuk seperti tombak yang pendek.
Kini kami sedang berdiri di checkpoint ke-2. Lebih tepat lagi, di hadapan sebuah anak sungai yang memisahkan kami dengan sebatang jalan merah. 
“Boleh tak kita cross sungai ni dan ikut jalan merah tu? Tak nak redah hutan dah, penat langkah parit…” Saran Inaz.
Vivian dan Alif dah terangguk-angguk mengiakan. Alif ku lihat kakinya telah mula menyentuh air sungai. 
“Macam mana dengan yang lain-lain? Setuju ke?” Zaki bertanya seluruh ahli kumpulan.
Sepakat sebulat suara, seorang demi seorang membontoti Alif. Ketika kaki aku baru nak mencecah air sungai, kedengaran bunyi enjin kenderaan. Masing-masing dah saling berpandangan.
“Apa tu?”
“Kejap, meh aku tengok.” Alif yang telah berada di seberang anak sungai menawarkan diri lalu terus melangkah lebih jauh.
Aku meneruskan langkah menyeberangi sungai. Langkah kedua… ketiga…
“Team Tuan! Team Tuan!” Jerit Alif sambil berlari ke arah kami.
“Haaaa??”
“Undur balik! Masuk balik dalam hutan!” Arah Zaki yang tengah berdiri betul-betul di tengah-tengah anak sungai.
“Meen, pusing! Masuk hutan balik.” Arahku pada Meen yang berada di belakangku sambil aku sendiri turut pusing ke belakang.
Masing-masing dah kelam kabut meredah anak sungai. Dalam kalut-kalut tu, terdengar bunyi das tembakan. 
“Tunduk! Sembunyikan diri!” Jerit Zaki lagi yang masih berdiri di tepi anak sungai sambil menarik tangan Vivian yang masih terkial-kial melangkah di dalam air.
Kami semua menunduk dan menyembunyikan diri di sebalik rimbunan semak-samun. Badan yang gatal-gatal terkena rumput dan lalang tidak lagi dihiraukan. Yang penting sekarang, kami tidak dapat dikesan. 
Bunyi das tembakan yang ke-4 kedengaran serentak dengan Zaki dan Vivian yang melompat bersembunyi di sebelahku.
“Diorang nampak kita ke?” Meen berbisik, lebih kepada Zaki sebenarnya.
“Diorang nampak saya. Bunyi yang paling last tadi tu, untuk sayalah...” Jawab Zaki dengan suara yang termengah-mengah.
Aku dah bulat mata. “Biar betul, Zaki? Takkan diorang tembak betul-betul?”
“Betul… Nasib saya dapat elak. Tapi rasa-rasanya dia orang guna peluru kapur je tu, macam yang askar-askar guna masa latihan.”
Aku dah beristighfar dalam hati. Memang war game betul ni! Meremang pula bulu roma.
Lima minit berlalu dan keadaan seperti kembali reda. Tiada lagi bunyi tembakan dan bunyi enjin. Yang kedengaran hanya kicauan burung-burung dan desis serangga hutan yang berlagu indah.
“Zaki, sampai bila nak tunggu ni?” Vivian bersuara perlahan.
“Shh... nanti dulu. Mungkin dia orang masih ada.” 
“Tapi dah tak ada bunyi apa-apa pun.” Bantah Vivian. “Kaki saya dah penat mencangkung ni...” Sambungnya lagi.
“Sabarlah Vivian.” Meen cuba memujuk.
Vivian hanya diam sambil terus mencangkung tapi mukanya dah mula monyok. Mulut pulak dah mencebik. Nak aje aku gelakkan raut wajah yang lucu tu tapi nanti dia mengamuk pulak. Seboleh-boleh aku tahan gelak. Zaki yang perasan dengan tingkahku hanya tersengih sambil bergilir-gilir memandangku dan Vivian.
“Eeee... saya dah tak tahanlah!” Bentak Vivian seraya bangun sambil menggeliat. 
Tak sampai lima saat, bunyi tembakan kedengaran lagi. Mungkin disebabkan panik, tanpa sempat ditahan oleh Zaki, Vivian menonong membuka langkah seribu!
Vivian!!!” Tanpa sedar, aku dah menjerit kuat.
Tapi dah terlambat. Seorang daripada team Lt. Kol. Aziz Mohamad sedang mengejar Vivian yang sedang berlari tanpa arah. Makin lama semakin laju lelaki tersebut mengejar dan dengan mudah, dia berjaya menarik belakang Vivian.
“Aaaahh! Tolong!!” Jeritan Vivian yang nyaring menyedarkan kami yang pada mulanya hanya melopong menyaksikan aksi kejar-mengejar tersebut.
“Serang!!” Laung Zaki sambil berlari ke arah Vivian yang masih terjerit-jerit.
Mendengarkan kata-kata Zaki yang penuh semangat itu, kami pun keluar dari tempat persembunyian masing-masing dan meluru ke arah Vivian. Lelaki team Lt. Kol. Aziz Mohamad yang menyedari Zaki semakin menghampirinya kembali melepaskan tembakan ke arah Zaki. 
“Cepat, kena lindung Zaki! Baling batu!” Jerit Syafiq.
Sambil berlari, tangan kami menyeluk poket masing-masing dan setelah semakin hampir, serentak kami baling batu-batu tersebut ke arah lelaki team Lt. Kol. Aziz Mohamad.
“Wei, apa main batu ni?” Jerit lelaki tersebut sambil sebelah tangannya menepis-nepis batu yang menyerangnya. 
Kami mengambil kesempatan itu untuk terus menghampiri lelaki tersebut. Tangan kirinya yang masih erat memaut tangan Vivian kami cuba lepaskan.
“Lepas! Lepaskan!” Aku dah jerit sambil memukul-mukul tangan degil yang masih erat memegang tangan Vivian. Meen pula cuba menarik tangan Vivian. 
Ternyata lelaki di hadapan kami ini bukan calang-calang orang. Walaupun tangan kanannya sedang memegang kejap senapang yang sedang cuba dirampas oleh Zaki dan Syafiq manakala Alan dan Benji sedang memukul badannya dan Alif pula berusaha untuk menjatuhkan kakinya, tangan kirinya yang memegang tangan Vivian tetap pegun tanpa sedikit pun melonggar. Tapak tangan aku pulak yang perit sebab asyik menampar tangannya.
“Kayu tadi mana?” Raj bertanya tiba-tiba.
“Dalam beg saya.” Jawab Meen sambil menunjukkan isyarat beg yang disandang di belakang badannya.
Tanpa berlengah, Raj mengeluarkan kayu yang dimaksudkan dan tanpa ragu, dia mencakar belakang badan ‘musuh’ kami.
“Ouch, sakitlah! Ya Allah, ganasnya korang ni!” Rungutnya.
Kami semua tergelak mendengar kata-katanya tapi tak lama sebab lelaki tersebut masih tidak mengalah. Tangan Vivian masih kejap dipautnya.
“Kebalnya pakcik ni!” Meen dah merungut.
“Zaki, kalau saya gigit je tangan pakcik ni, boleh tak?” Tanya Meen.
Aku yang masih tidak berhenti cuba meleraikan pegangan tangan dah tak boleh tahan gelak. Meen ni la... kut ya pun stress, takkanlah sampai nak gigit orang!
“Belasah ajelah, Meen..” Aku terus gelak kuat dengan jawapan Zaki. 
Meen aku lihat dah mula menunduk menghampiri tangan lelaki tersebut. Baru sahaja dia membuka mulutnya, tiba-tiba ‘musuh’ kami tu rebah tak sedarkan diri. Dan di belakangnya, Inaz sedang berdiri sambil kedua-dua tangannya sedang memegang tinggi buah kelapa kering.
“Peace!” Katanya sambil tersenyum.
Kali ini, tanpa dapat ditahan-tahan, semua gelak kami bersatu. Kuat. 


-13-
KAMI tiba di checkpoint terakhir ketika matahari hampir terbenam. Satu pemandangan yang sangat-sangat indah. Tiga buah khemah telah didirikan di tepi laut dengan setiap khemah dipacakkan dengan bendera kumpulan masing-masing.
Masuk ke dalam khemah, terdapat satu kotak yang penuh dengan barang-barang. Ada mi segera, sardin dalam tin, beras, telur, air dan juga peralatan seperti periuk, mangkuk, cerek dan lain-lain. Sah kena masak! 
Aku keluar semula dari khemah dan nampak Syafiq sedang melepaskan lelah dengan badannya bersandar di tebing batu dan kakinya melunjur di atas tanah. Yang lain-lain entah ke mana. Tiada pilihan, aku menggamitnya.
”Mintak tolong angkat kotak dalam khemah tu letak kat luar.” Pintaku.
Tanpa banyak cakap, Syafiq menunaikan permintaanku. Kemudian, dia menawarkan diri untuk mengisi cerek dengan air.
“Kat sana tu ada paip air.” Jelasnya bila aku menanyakan di mana punca air.
Sementara menunggu yang lain, aku melabuhkan punggung di pintu khemah. Nak memasak pun tak boleh sebab api masih belum ada. Nak mengharapkan aku untuk menghidupkan api, lagi 10 tahun pun belum tentu hidup apinya.
Tak lama kemudian, Zaki muncul. 
“Dari mana?” Tanyaku.
“Saya baru lepas serahkan buah kelapa kumpulan kita pada Tuan.” 
“Mana yang lain?”
“Pergi cuci muka dan tangan kat bilik air.” Jawabnya sambil menjenguk ke dalam khemah.
“Ada bilik air?”
“Tak tahu nak panggil apa sebenarnya. Satu ruang yang ada paip air yang dipagar tinggi dengan batu-batu dan kain kanvas. Tak ada bumbung.” Jelas Zaki lagi dan kini dia telah bertinggung di depanku.
“Awak okey ke, Wardah?”
Aku angguk. “Cuma penat. Kaki kejang asyik kena langkah parit besar.” Kataku.
“Rehatlah dalam khemah.” 
“Rehat? Siapa nak masak?”
”Tak apa, hari ni biar kami yang lelaki masak. Yang perempuan kena simpan tenaga, malam ni ada game Burung Hantu.”
“Alaaa... ada lagi ke?” Tanpa sedar, aku mengeluh.
Zaki hanya gelak dengan telatahku. “Dah, pergi rehat!” Halaunya.
Dengan longlai, aku merangkak masuk ke dalam khemah.
“Saya rehat tau..” Kataku.
“Okey!”
“Nanti dah siap masak, panggil saya tau...” Sambungku.
“Iya..” Sahutnya.
“Jangan lupa tau...” Aku berpesan lagi.
“Tak lupa punya...”
“Betul?” Aku dah mula mode mengusik.
“Wardah! Just shut up, please... I don’t want to hear any words from you!” Zaki dah mula menjerit.
Aku hanya ketawa dari dalam khemah.
Setengah jam kemudian, aku, Inaz, Meen dan Vivian dikejutkan oleh Zaki. Sah kami semua dah terlelap. Ni kalau Walid tahu, mau kena rotan dengan lidi penyapu sebab tidur waktu senja.
Selesai makan, kami berehat sambil berborak-borak di luar khemah.
“Bila nak balik ke kabin ni? Tak larat dah...” Meen yang duduk bersandar pada belakang Inaz bertanya.
“Lepas game Burung Hantu.” Tanpa nada Syafiq menjawab.
“Pukul berapa start? 8.30 malam dah ni.” Celah Alif.
“Pukul 12.00.”
“Haa? Kalau ada hantu macam mana?” Vivian dah menyampuk.
“Hantu pun takut tengok lu, Vivian...” Usik Alan sambil gelak.
“Saya serius, awak main-main pulak!”
“No worries. Ada hantu, kita larilah sama-sama... you run, I run. You fall, I keep run and leaving you.” Alan jawab sambil sambung gelak.


-14-
Berpandukan sinaran bulan, kami berjalan dalam kumpulan meredah kegelapan malam. Setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan sebiji torchlight yang hanya boleh digunakan sewaktu kecemasan. Dengan telefon bimbit yang masing-masing yang telah diambil oleh Lt. Kol. Aziz Mohamad, matlamat kami sekarang hanya satu iaitu kembali ke tempat kami bermula pagi tadi iaitu tempat di mana letaknya kabin-kabin untuk kami merehatkan badan selama berkampung di ‘hutan’ ini. Bezanya, siang tadi kami perlu merentasi hutan kelapa sawit manakala malam ini kami berjalan merentasi jalan besar. 
“Cepatlah last day, saya dah tak sabar nak balik!” Vivian si amoi separuh merungut.
“Kan dah last day ni, it’s already 12.20 a.m. girl,” balas Raj.
“Raj, tak payah nak romantik bagai la, tengah-tengah hutan awal pagi macam ni, tak romantik langsung, bro! Sekarang ni semua orang tengah nampak tilam aje tau tak?” sela Benji.
“Betullah! Kenapalah kita dibuli habis-habisan malam buta ni? Tak pernah saya buat berjalan dalam hutan waktu-waktu macam ni. Esok pagi kita ada cabaran PLKN dan majlis penutup yang menari pocong-pocong tu lagi. Petang esok sampai rumah sewa, mesti saya pengsan beberapa hari.” Alan pula mencelah.
Aku dan Inaz gelak kuat bila perkataan mencari poco-poco tu bertukar jadi menari pocong-pocong. Yang lain, aku tak pasti mereka tak dengar ataupun fikiran melayang entah ke mana.
“Kenapa awak gelak ni?” Alan menoleh memandangku. 
Mungkin sebab suaraku yang lebih kuat, dia tak perasankan suara Inaz yang turut mentertawakannya.
“Alan, saya cakap awak jangan marah haa, apek!”
“Tak marahlah... Apa?”
“Kenapa tarian poco-poco jadi tarian pocong-pocong? Pocong tu hantulah, hantu yang berbungkus kain putih dan lompat-lompat, nampak muka aje...”
“Wardah!”
Vivian terjerit manakala yang lain tergelak. “Janganlah sebut perkataan hantu kat sini. Saya takutlah!”
“Saya pun seram jugak, Vivian.” Aku mengaku.
“Habis tu kenapa cakap jugak?”
“Alan yang sebut dulu. Dia confuse antara poco-poco dan pocong. Saya tolong betulkan aje. Nak marah, pergi marah Alan sebab dia yang mula dulu,” jawabku sambil tersengih pada Meen di sebelah. 
Aku perasan, sejak mula game Burung Hantu ini tadi, mulut Meen tidak henti-henti mengalun zikir tanpa suara. Betapa aku bersyukur mendapat bestfriend seperti Meen ini.
“Alan!”
Dalam kesamaran malam, masing-masing sambung gelak bila nampak Vivian dah memekik pada Alan sambil bercekak pinggang. Dalam dok berjalan pun sempat lagi nak buat gaya mak tiri.
“Rasa-rasanya kat depan sana tu checkpoint pertama sebab ada cahaya lampu kuning. Macam lilin.” Suara Raj mencelah di antara tawa kami yang bersatu.
Bagai dirancang, semuanya berhenti ketawa serentak. Mata masing-masing menghala ke arah yang ditunjukkan Raj. Lebih kurang 10 meter di hadapan, jauh sedikit ke dalam di sebelah kiri, ada beberapa cahaya lampu kuning yang membentuk satu bulatan.
“Kena masuk sikit ke dalam hutanlah ni?” Inaz menyoal.
“Nampaknya macam tu la...”
Masing-masing dah berpandangan sesama sendiri.
“Tak apa, kita sama-sama redah. Yang penting, jangan berpecah. Tadi Tuan kan ada pesan, kalau seorang ahli kumpulan dapat diculik oleh team dia, checkpoint untuk ke penamat akan ditambah satu sebagai ganti untuk setiap ahli yang dah diculik. Jadi, kalau ada yang hilang, makin lambatlah kita sampai.” Tenang sahaja Zaki melontar kata.
“Baik, kapten! Siapa-siapa yang degil tak dengar cakap, saya ketuk dengan kelapa kering macam yang team Tuan kena siang tadi.” Inaz menyatakan janjinya pada Zaki.
“Inaz, jangan ganas sangat boleh tak? Nanti tak ada lelaki nak propose awak.” Alex membalas.
“Lu diamlah, apek! Vivian pun belum tentu nak dengan lu...”
Kali ini aku gelak lagi. Berterus-terang betul Inaz ini bila bercakap. Alex baru nak tekan gear 1 misi mengendeng Vivian, Inaz dah pecut laju membongkar misi.
“Tak perlu nak gaduh-gaduh. Kita dah nak sampai checkpoint pertama ni. Saling jaga kawan di sebelah, jangan bagi ruang untuk diculik.” Syafiq meredakan keadaan.
Dengan penuh hati-hati, kami mengatur langkah ke arah bulatan cahaya. Rupa-rupanya, cahaya kuning yang kami nampak dari jauh tadi adalah cahaya pelita. Bila dah dekat baru jelas.
Di dalam bulatan cahaya, ada satu pondok kecil dan di tengah-tengah pondok itu, duduk satu tubuh yang mukanya terlindung di sebalik rambut panjangnya yang menggerbang bersama satu bunyi seperti menderam. Aku pandang Meen, Meen pandang aku sambil mengeratkan tautan tangan kami. Bulu romaku merinding secara tiba-tiba.
“Nenek kebayan ke hantu mat lampir ni?” Alif bersuara memecah sunyi.
Dalam seram-seram, aku rasa nak tergelak jugak dengan ayat Alif tu tapi aku tahan. Boleh banyak-banyak benda dia terfikir hantu mat lampir...
“Helo??” Raj melangkah mendekati pondok. Berani betul dia.
“Apa helo helo! Tak reti bagi salam?!” Tempik tubuh di atas pangkin sambil menghentak lantai buluh tersebut. Kuat pulak tu sebab bergegar jadinya pondok tu.
“Err... Assalamualaikum... Janganlah marah-marah, makcik. Roboh pondok ni karang.” Syafiq pula ke depan.
“Makcik kau kata?! Panggil aku nenek, nenek kebayan!”
“Baik, nenek kebayan!” 
“Ganasnya nenek kebayan ni...” Zaki yang berdiri di sebelahku komen perlahan. 
“Apa hal kau datang sini? Masuk, masuk! Bawak sekali kawan-kawan kau duduk depan pondok aku ni, aku nak tengok!”
Kami yang masih berada di luar bulatan melangkah melintasi pelita menghampiri Raj dan Syafiq yang sudah duduk bersila di atas tanah.
“Ha, nyatakan hajat kalian!” Tubuh di atas pondok yang menggelarkan dirinya nenek kebayan bersuara lantang.
“Kami datang ni ada hajat, nek.”
“Aku tahulah korang ada hajat, apa hajatnya?!” Ayat Syafiq dicantas nenek kebayan.
“Macam ni, nek. Kami datang sebab nak mintak petunjuk untuk jalan balik ke kabin.” Zaki mengambil peranan.
“Jalan balik? Aku tau jalan balik ke kubur je!” jawab nenek kebayan sebelum mengilai sekuat-kuatnya.
“Gila psiko nenek ni,” bisik Inaz.
“Tolonglah, nek. Kami tahu nenek ada petunjuk tu.” Raj memujuk.
“Apa ganjaran kau nak bagi aku kalau aku bagi petunjuk tu?”
Kami berpandangan sesama sendiri. Ganjaran? Tuan tak cakap apa-apa pun pasal ni...
“Duit nak, nek?” Tiba-tiba Syafiq bertanya.
“Aku nak buat apa dengan duit tu?”
“Urmm... rebonding rambut? Nenek punya ni serabai sangatlah, tak lawa.”
Sungguh... yang ini aku memang pekup mulut dengan hujung tudung untuk cover gelak yang terburai keluar. Tak agak-agak langsung si Syafiq ni. Inaz aku tengok bahunya dah terhinjut-hinjut. Sah tengah tahan ketawa jugak.
“Kurang adab punya cucu... Tak nak, aku tak nak buat rebonding! Laki aku suka rambut aku macam ni!”
“Habis tu, nenek nak apa?” Raj menyampuk lagi.
“Kau orang semua ada berapa ramai?”
“Kami semua sepuluh orang, nek.” 
“Aku sunyi, aku nak ambik sorang jadi anak angkat aku. Kalau setuju, aku bagi petunjuk tu. Kalau tak, sila tinggalkan tempat ni sekarang!”
Jelas di mataky yang Zaki sedang memicit dahinya.
“Tak ada cara lain ke, nek?” soalnya perlahan.
“Ada. Aku nak makan set Chicken Prosperity Burger sekarang. Boleh sediakan?”
Entah kenapa tiba-tiba aku rasa sakit hati. Nampak sangat nenek kebayan ni hanya nak main-mainkan kami atau lebih tepat lagi membuli. Di pejabat kena buli, kat kem ini pun sama. Suku sakat Si Sewel ke apa dia orang semua ni? Geram betul aku. Terus aku berdiri.
“Nenek ni banyak songeh tau tak!” Aku bersuara lantang. 
Tangan Meen yang menarik tubuhku dan isyarat mata daripada Zaki yang menyuruhku duduk aku tak pedulikan.
“Siapa yang jerit kat aku tu?!”
“Saya! Wardah Umayra binti Yusof!”
“Apa sebab kau cakap aku banyak songeh?”
“Bagi duit tak nak! Lepas tu mintak benda yang tak realistik. Mana ada McD delivery pagi-pagi buta dalam hutan macam ni? Guna GPS pun belum tentu jumpa tau tak? Kalau nasib baik dapat jumpa pun, menjelang sampai sini saya rasa dah basi burger tu! Lepas tu ada hati nak ambik anak angkat... Kalau nak ambik anak angkat, mana boleh secara haram macam ni, kena pergi mahkamah ikut prosedur! Nak masuk ke mahkamah, nenek kena rebonding rambut dulu bagi kemas okey! Serabai macam ni nanti semua orang lari. Silap-silap nenek dihantar masuk ke Tanjung Rambutan, nak?” Aku cakap ikut sedap rasa. 
Apa nak jadi, jadi la... Aku dah penat dengan semua ni. Nak tarik aku tinggal dengan dia kat sini? Tariklah! Lepas tu nanti sah-sah aku ikut dia balik sekali ke kem.
“Berani lawan cakap aku eh? Kau tahu tak aku siapa?!”
“Tahu. Nenek ni team Tuan yang menyamar jadi nenek kebayan tapi tak lepas. Nak berlakon jadi nenek kebayan, buatlah betul-betul. Ni pakai baju kurung kedah dengan kain batik, tapi kat dalam ada jeans dan kasut sneakers. Saya dah nampaklah sneakers nenek yang warna kuning tu...” Aku menjawab selamba. 
Memang mula-mula tadi aku rasa seram jugak tapi bila ternampak sneakers di balik kain batik yang dia pakai tu, rasa seram itu langsung hilang.
“Kau...!”
“Nenek nak cagaran untuk petunjuk tu kan? Saya tinggal sini dengan nenek. Petunjuk tu nenek bagi pada kumpulan saya.” Aku menjawab berani.
“Aku tak nak kau! Pening kepala aku nak jaga!”
Aku jongket bahu. “Saya dah bersedia bertolak ansur ni. Kalau nenek tak nak, terpaksalah kami gunakan kekerasan. Nenek sorang, kami ramai.” Suaraku bertambah tegas. 
Ini aje caranya nak tamatkan benda ni semua. Sempat aku bagi isyarat pada ahli kumpulan yang lain supaya senyap sementara aku ‘berbincang’ dengan nenek kebayan palsu ini.
“Kau ingat kawan-kwan kau tu semua nak ikut cakap kau? Dia orang tak biadap macam kaulah!”
“Mungkin dia orang tak biadab. Tapi kami semua ni tengah letih dan lapar selepas dikerah tenaga sepenuhnya sejak pagi tadi. Dalam keadaan lapar dan penat ni, manusia biasa boleh bertukar jadi kanibal demi nak teruskan hidup. Jadi saya boleh jamin yang kami akan buat apa sahaja untuk survive dalam game ni, by hook or by crook.” Aku dengan selamba duduk di sebelahnya.
“Win-win situation nek, ” desakku lagi bila dia seakan berfikir.
“Berapa kau nak bagi?”
“Dua ratus. Nenek boleh pergi buat rebonding.”
Tanpa menunggu jawapannya, aku bangun menghampiri Zaki lalu berbisik.
“Suruh yang lain siap sedia untuk tinggalkan tempat ni. Bila nenek tu mula hulurkan petunjuk, terus lari ke jalan besar. Awak tunggu saya, sebab awak kena protect saya kalau-kalau geng nenek ni tiba-tiba muncul kat sini.”
Aku kembali menghampiri nenek kebayan setelah Zaki mengangguk faham. 
“Dah buat keputusan, nek?” soalku bila melihat ahli kumpulanku dah bersiap sedia untuk lari.
“Deal. Mana duit?”
“Petunjuk mana, nek? Untuk bersikap adil, kita kena serahkan serentak.”
Sekeping sampul ditarik dari bawah tempat duduknya. Ceh, kat situ rupa-rupanya dia simpan.
“Saya kira satu, dua, tiga... kita sama-sama tukar, okey?” Aku berkata sambil memberi isyarat kepada ahli kumpulanku untuk bergerak ke jalan besar.
“Satu... dua... tiga...!” 
Tangan kiriku menarik sampul di tangan nenek kebayan serentak dengan tangan kananku menyerahkan dua keping not 100 sebelum berlari ke arah Zaki yang sedia menunggu.
“Jom, lari!” Aku menarik tali beg Zaki.
Sampai di jalan besar, aku jerit. “Lari... lari! Jangan stop lagi, lari dulu untuk 10 meter!”
Dah jauh daripada tempat nenek kebayan tadi, aku berhenti melangkah. Semput aku sekejap menarik nafas.
“Wardah, kenapa buli kami suruh lari?” Vivian menyoal.
“Sorry guys. Just to make sure yang kita betul-betul dah selamat daripada geng nenek kebayan tu.”
“Kenapa tak selamat pulak? Kita bayar kan? 200 ringgit lagi awak bagi.”
“Saya bagi 2000, tapi bukan ringgit Malaysia...”
“Habis tu?”
“Rupiah Indonesia.”
Seperti yang aku jangka, semuanya gelak dengan penjelasanku.
“Tapi awak berani lawan nenek tu tadi.” Syafiq memberi komen.
“Saya dulu belajar undang-undang, Syafiq. Dah selalu sangat dilatih bertelagah macam tu.”
“Bukan awak sekarang ni Investor Relations ke?”
“Ya, rezeki saya sekarang sebagai IR. Dalam masa yang sama saya tetap berharap untuk bergelar peguam satu hari nanti. Tapi, kesian jugak dengan nenek kebayan tadi tu kan?” Terbit rasa bersalah di hatiku. 
“Agak la...” Jawapan Syafiq menyebabkan tawa ahli kumpulanku kembali pecah.
Di checkpoint yang kedua, masing-masing kelegaan kerana kami tidak mengalami kesukaran untuk mendapatkan petunjuk yang seterusnya. Cuma, nasib tidak menyebelahiku bila tanpa disangka-sangka, sebelah kakiku terjatuh ke dalam parit besar sewaktu hendak melintasi titi batang kayu. Mujur ketika itu, Raj dan Inaz yang kebetulan berjalan di depan dan belakangku cekap menarik tanganku sekaligus menahan diriku daripada tersembam sepenuhnya ke dalam parit besar tersebut. Kalau tidak, memang aku cium dasar paritlah jawabnya pagi-pagi buta tu.
Zaki datang menghampiriku ketika kami berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke checkpoint ketiga.
“Okey ke, Wardah? Sampai jatuh-jatuh. Pening kepala ke?”
“Tak. Cuma letih sikit.” Aku menjelaskan keadaan sebenar. Memang aku langsung tak pening. Dah nasib kaki nak tersalah letak.
“Lepas ni, jangan jauh dari saya.” Pesannya sebelum bangun, meninggalkan aku bersama sebotol air mineral.


-15-
PENYEKSAAN telah berakhir. Game Burung Hantu, cabaran PLKN dan majlis penutup semuanya telah selesai. Penderitaan fizikal dan mental selama lima hari di Excel Outdoor Camp ini telah menemui titik penamat. Aku dan Meen sedang menyimpan beg pakaian ke dalam but kereta ketika Zaki datang menghampiri kami.
“Wardah, I’m glad to know you,” ucapnya bersama senyuman.
“Me too.” Aku membalas senyumannya. Di mataku, dia memang seorang ketua kumpulan yang berkaliber dan bertanggungjawab.
“Boleh saya dapat nombor telefon awak? Handphone, pejabat, rumah...”
Tanpa berfikir dua kali, aku menyebut nombor telefon bimbitku.
“Thanks!” ujarnya sebelum berlalu.
Masuk ke dalam kereta, aku perasan senyuman yang tidak lekang dari bibir Meen.
“Sengih sorang-sorang!” Aku menegurnya.
“He’s a good guy, my dear...” Meen meleretkan suaranya.
“He’s so hot! Since dia tengah nak mencuba nasib dia dengan awak, awak tak nak pertimbangkan ke?”
Aku sengih. Memang Zaki ada pakej bagus untuk perempuan. Tapi...
“Mana kita nak campak Adib tu?”
“Adib, Adib, Adib! Campak dia dalam longkanglah! Dia tak sesuai untuk awaklah... and I would never agree for chipsmore’s guy type for my bestfriend!” 
Aku rasa nak peluk Meen yang beria-ia marahkan Adib. Nampak sangat yang Meen memang sungguh-sungguh sayangkan aku.
“Relakslah Meen, kita dah putus tunang pun dengan Adib,” ujarku bersama senyuman.
“Serius?” 
“Ya. Dah putus secara rasmi minggu lepas.”
“Jadi, bolehlah awak cuba dengan Zaki?” Wajah Meen kelihatan teruja.
Aku hanya senyum tanpa kata. 

Friday, November 4, 2016

ENCIK HAIMAN & WARDAH KE VERSI CETAK!!

Alhamdulillah... Laa haula wa laa quwwata illa billahil'aliyyil'azim
Akhirnya Encik Haiman & Wardah ke versi cetak :)
My new baby, with me new pen name ;)
 
 
MIMPI YANG SEMPURNA
Jika kisah kita ini adalah mimpi, ia adalah sebuah mimpi yang sempurna…

Duda.
Gadis.
Beza umur 14 tahun.
Akan adakah titik harmoninya?
 
“Nak buat apa ni, Kak Adah? Sengih sorang-sorang...”
“Ada projek sikit.”
“Projek??”
“Shhh... Ni projek P&C ni.”
“Macam menarik aje?”
“Ni projek jihad.”
“Jihad tu bukan perang ke?”
“Peranglah ni. Perang mental dan spiritual.”
 
Hakikatnya, soal hati susah nak ditelah dan dikhatam.
 
“Ya, I tahu you dah membesar menjadi seorang wanita yang menggoda naluri kaum Adam, bukan lagi budak perempuan mentah yang kalut setiap kali berdepan dengan I. Tapi...”
Tanpa sempat aku melarikan diri, tangan kekarnya telah mengepung tubuhku kiri dan kanan, membuatkan aku tersekat rapat dengan dinding.
“....orang perempuan sebenarnya tak pernah matang dalam soal hati dan perasaan. Dan you Wardah, you adalah salah seorang daripada mereka.”
 
Ke Lisse, memang kerja gila!
“Kenapa suka bunga tulip? Setahu I, kebiasannya perempuan ni diumpamakan sebagai mawar. Nama you pun maksudnya mawar, kan?”
 
“Sekali aje, Wardah. Sekali you sambut hujung jari I ni, sampai mati I ada untuk lindungi you.”
Akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara.
 
Lalu di mana titik noktahnya?

Friday, August 26, 2016

BALADA SEORANG ISTERI


I
"Jangan sesekali cabar kesabaran abang, Een! Benci mana pun Een pada abang, seteruk mana pun Een rasa abang aniaya Een, jangan lupa, abang ni suami Een. Ingat tu!"
"Suami? Suami yang dapat melafaz akad dengan satu penipuan besar?! Perlu ke nak dihormat? Rasanya kalau berkurang ajar pun bukan satu dosa."
"Dosa tetap dosa, Puan Lis Dareena! Ingat boleh nego-nego azab depan malaikat dalam kubur nanti?!"

II
"Marah?"
Jeling.
"Nak pukul saya?"
"Ya, rasa nak belasah aje sampai awak jadi sewel."
Imran mendekatkan jarak mereka. Matanya mencari sepasang mata Lis Dareena dan direnung lama.
"Come. Hit me," ujarnya lembut. Sikit pun matanya tidak lari daripada anak mata isterinya. Cantik, sempat hatinya berbisik.
"Imran..."
"Pukullah. Abang izinkan."
Lis Dareena telan air liur. Imran Fatihin. Lembut punya nada, satu hal. Yang hantar renungan menggoda tu kenapa? Ritma jantungnya dah semakin berkecamuk tak tentu arah sekarang ini.
"I'm waiting, honey. Nak cubit ke, lempang ke, tumbuk ke, buatlah. Abang takkan marah."
Kali ini Imran bergerak ke belakang dua tapak. Kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar dan dia berdiri santai menanti.
Mendengar kata-kata tersebut, Lis Dareena menarik nafas panjang. Wajah Imran dipandang sebal.
"Hmm... Saya tak nak budak-budak tu hilang tempat bergantung nanti, dah satu kerja pulak saya nak kena bertanggungjawab. Lagipun tangan saya ni terlalu bersih suci untuk buat perkara tak elok macam belasah orang," jawabnya selamba seraya melangkah ke pintu.
"Apa pegang-pegang ni?" Hati Lis Dareena jadi panas. Tangannya dilelar Imran dengan senyuman yang menghias wajah suaminya itu. Siap daun pintu yang terbuka, ditolak rapat sehingga bertutup.
"Tangan yang suci bersih ni tak buat kerja kotor. Jadi mesti tak ada masalah untuk belai suami, kan?"
"Imran!"
"Abang nak bagi tangan ni pahala." Tangan halus si isteri dikucup perlahan.
Lis Dareena tiada pilihan. Dipijaknya sekuat hati kaki si suami sebelum tubuh lelaki itu disiku kuat. Ada juga gunanya belajar tae kwan do walaupun tak sempat nak raih black belt dulu.
"Saya ulang untuk kali kedua, saya ni bukan boneka! Kalau awak tak dapat nak bendung nafsu lelaki awak tu, pergi nikah lagi satu. Saya izinkan! Tapi jangan mimpi saya akan menyerah pada awak!"

III
"Een..."
"Leave me alone."
"Awak perlukan seseorang untuk temankan awak sekarang ni."
"Nak teman apa? Saya memang dah sebatang kara pun."
"You still have me."
"Lepaskan saya, Imran. Selama ni saya bertahan sebab tak nak susahkan hati tok wan. Sekarang tok wan dah tak ada, jadi ceraikan saya."
"Bergegar tiang arasy bila isteri meminta cerai."
"Saya tak nak terus tanggung dosa, Imran. Dalam hati saya ni, sekelumit pun tak ada rasa yang baik-baik untuk awak. Semunya benci. Tolonglah faham!"
Lis Dareena terasa ingin menangis. Dipandang wajah Imran dengan pandangan kosong. "Lafazkan talak awak secepat mungkin," ujarnya sebelum bangun. Kaki dibawa lemah ke arah dapur.
"Een..."
Imran menghalang langkah isterinya. Penuh yakin, dia mendakap kemas tubuh itu.
"Lepaskan, Een. Awak sedih dengan pemergian tok wan, tapi awak langsung tak menangis. Menangislah. Lepaskan rasa tu."
"Saya tak rasa nak menangis pun."
"Mata awak tengah perit sebab tahan air yang nak luruh, betul tak?"
Lis Dareena rasa sebak. Kalaulah yang memeluknya kini bukan lelaki yang bernama Imran Fatihin...
"Een..." Imran mengeluh. Belakang tubuh Lis Dareena dilurut lembut dan bibirnya didekatkan ke telinga isterinya itu. "Awak ada saya. Bahu dan dada saya bersedia untuk menampung lelah dan air mata awak. Jangan pendam, nanti awak sakit."
Untuk beberapa detik, keadaan menjadi senyap sunyi sebelum esakan mula kedengaran, yang menyebabkan Imran kelegaan dalam hati.
"Tok wan dah tak ada. Saya dah tak ada sesiapa kat dunia ni."
"Shh..."
"I'm alone.
"It's okay, Een. It's okay." Imran terus memujuk.
"Saya dah tak ada tempat bergantung."
"Shh... Awak ada kami, Een. Saya dan kids ada. Saya janji."

IV
"Imran, we need to talk. Ada perkara yang ingin saya bincangkan."
"About kids?"
"Us."
"Di bilik kerja saya."
Tanpa membantah, Lis Dareena hanya mengekori langkah Imran dari belakang. Sampai di bilik bersaiz sederhana yang tersusun rapi isinya itu, Imran menutup pintu bilik.
"Kenapa tutup?" soalnya hairan.
"Nak bincang hal kita, kan? Saya tak nak kids dengar. That's not my way."
"Oh, okey." Lis Dareena kelegaan. Entah mengapa, dia boleh terfikir yang Imran mempunyai udang di sebalik batu apabila melihat lelaki itu menolak daun pintu sekejap tadi.
"So, Een nak bincang apa?"
"It's about us."
"Ya, saya tau pasal kita, Een dah cakap tadi. The exact issue?"
Lis Dareena menarik nafas mengumpul kekuatan dalaman. "Bila kita nak bercerai? Berapa lama lagi saya nak kena tunggu?"

V
"Marah?"
Jelingan tajam diberikan.
"Rasa nak pukul abang?"
"Bukan setakat pukul, nak bunuh terus."
Imran senyum. Perlahan, dipaut tubuh si isteri ke dalam pelukan. Bila terasa isterinya meronta, bertambah erat dia mengetatkan rangkulan.
"I love you, honey." Imran berbisik lembut. Penuh perasaan.
"Tak cukup lagi ke nak main-mainkan perasaan saya?"
"Abang cakap betul ni. Bukan main-main."
"Penipu..." selar Lis Dareena datar.
"Bagi abang peluang untuk buktikan keikhlasan abang."
"Dan biarkan hati saya ditoreh untuk kesekian kali?"
Imran rasa geram. Cara baik dan lembut tak jalan. Terpaksalah guna cara jahat, kan? Langsung tubuh Lis Dareena ditarik mengikut langkahnya.
"Nak pergi mana ni?"
"Somewhere."
"Saya tak nak."
"You don't have choice."
"I'm always have."
"Not this time. Siaplah Een. Abang nak kurung Een dengan abang sampailah Een yakin dengan cinta abang."
"Hah?" Lis Dareena cuak. "Okey, okey. Saya percaya."
Imran berhenti melangkah. Wajah Lis Dareena ditenung dalam.
"Dah terlambat. Lagipun, lakonan Een tu langsung tak berkesan. Abang ada cara abang sendiri untuk tahu sama ada Een yakin dengan abang ke tak."
"Err..."
"Ilham! Zahraa! Dayyan! Imtiaz! Haikal! Awatif! Razin!" Imran melaung kuat. "Tolong jaga rumah, papa nak bawak mama pergi dapatkan rawatan!" pesannya selamba tanpa menghiraukan raut si isteri yang ternyata sedang terpinga-pinga.

VI
Setitik.
Dua titik.
Tiga titik.
Segera diseka tubir mata yang mula membasah. Bahagian helaian yang disapa mutiara jernih pantas dikesat, bimbang akan mengaburkan kalimah yang agung.
Sayu. Memang dia sayu. Namun dia sangat bersyukur. Sudah lama dia tak rasa begini...
Tenang di kala hening.
Redha dalam tiada.
Yang kosong mula rasa terisi.
Allah! Sukar untuk diungkapkan dengan aksara yang ada. Hanya yang pernah mengalaminya akan tahu rasa itu, faham rasa itu.
"Een.."
Dia toleh. Lelaki itu seperti selalu. Dengan senyuman tipis yang tak pernah lekang untuknya. Buat hati kecilnya tertanya-tanya, akan tibakah waktunya untuk dia melihat figura itu mengukir senyuman paling menawan khas untuk dirinya?
"Een?"
"Maaf abang, fikiran Een melayang sekejap." Kalut dia menutup rasa.
"Abang nak mintak tolong?"
"Apa dia?"
"Ayu tu lapar pulak. Katanya teringin nak makan mihun tom yam yang Eenmasak. Boleh tolong masakkan? Abang tahu abang dah janji takkan kacauEen malam-malam, tapi abang tak sampai hati nak kata tak boleh pada Ayu."
"Boleh aje. Kejap lagi Een masuk dapur." Dia cuba ukir senyuman biar tak canggung. Dalam hati, rasa perit hanya Allah yang tahu. Mahu menjerit, siapalah dia di sisi lelaki itu. Sedangkan Ayu adalah bakal suri yang menjadi pilihan lelaki yang bernama Imran Fatihin. Dia pula hanya kisah silam, yang secebis pun tidak tersisa di dalam memori lelaki itu.


Copyright (c) 2014 AQ. All rights reserved.